Powered by Blogger.
RSS

Sky Watch

Saya hendak mempunyai badan yang sihat dan cergas ~~~... ^o^..

Untuk mempunyai badan yang sihat dan cergas,kita perlulah :

1. Berhati-hati dengan tabiat  diet atau pemakanan
• Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

2. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.
• 6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.


3.Kurangkan kafein
• Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.



4. Kurangkan pengambilan garam.
• Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

5. Kurangkan gula
• Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.

6. Berhenti merokok 
• Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

7. Berhenti dari pengambilan alkohol
• Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.
 

 







8. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.
• Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

9. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt
• Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.




10. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur
• Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jamuan malam yang meriah

   Kelmarin ,
jamuan malam telah diadakan di restoran cheras.
Malam ini ,
beberapa buah kereta telah disediakan untuk membawa saya dan kawan-kawan saya ke jamuan tersebut.
Selepas habis mendengar ucapan yang diucap oleh ketua penganjur ,
makanan telah disediakan.
Makanan yang dijamu oleh restoran ini  sedap sampai menjilat jari dan terasa saya hendak pergi sekali lagi untuk menikmati makanan tersebut.
Selain itu ,
semua orang yang menyertai jamuan ini dikehendaki untuk menyanyi sekurang-kurangnya sebuah lagu.
Semua lagu yang dinyanyikan memang merdu dan suaranya sedap didengar.
Selepas ini,
ucapan penutup telah diucapkan dan kita pun balik mengikuti kereta masing-masing.
Saya amat menikmati jamuan ini dan harap dapat menyertai lebih banyak jamuan seperti ini pada masa akan datang.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS